.

JENIS-JENIS PRODUK

TAKAFUL KELUARGA



Takaful Keluarga Terdiri Daripada Berbagai Skim Untuk Keperluan Anda Seperti Individu, Suami Isteri Dan Pendidikan Anak. Skim Simpanan Dan Perlindungan Untuk Suami Isteri Atau Anak.


PELAN ASAS

MESRA

Pelan Mesra merupakan pelan Takaful yang menawarkan perlindungan serta simpanan untuk masa hadapan. Dari tahun keempat perlindungan, nisbah pengendalian sumbangan adalah lebih kepada simpanan iaitu setinggi 75%.
Pelan ini amat sesuai kepada semua orang yang berumur antara 6 bulan sehingga 60 tahun. Dengan kadar simpanan yang tertentu, peserta akan menerima manfaat yang cukup besar sekiranya berlaku kematian, keilatan kekal atau sijil tamat tempohnya. Pelan ini sesuai untuk menjamin pendapatan peserta atau sebagai salah satu perancangan untuk persaraan nanti.


MANFAAT

Manfaat Mesra dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh dan bagi hilang upaya kekal menyeluruh manfaat akan dibayar secara beransur-ansur selama 5 tahun sebanyak 10% setahun dan ansuran terakhir pada kadar 60%.


SUMBANGAN
Jumlah sumbangan tahunan yang akan dibayar akan menentukan amaun perlindungan yang diperolehi dengan didarabkan dengan pendarab jadual yang berasaskan pada umur dan tempoh perlindungan. Nisbah sumbangan bagi simpanan adalah lebih apabila tempoh kontrak meningkat.


CIRI-CIRI

1) Perlindungan beserta simpanan.
2) Had umur penyertaan minimum ialah 6 bulan dan maksimum 60 tahun.
3) Manfaat Kematian dan Keilatan Kekal Menyeluruh adalah disertakan dalam pelan.
4) Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 5 tahun dan maksimum 79 tahun.
5) Simpanan minimum bulanan ialah
RM 50.00 sahaja dan tiada had maksimum.
6) Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
7) Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.
8) Tiada Lien untuk Juvana.


Manfaat

1) Perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Kekal (akibat semulajadi).
2) Perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Kekal (akibat kemalangan.
3) Dana Penyakit Kritikal (pilihan).
4) Pampasan Kemsukan Hospital (pilihan).
5) Elaun Cuti Sakit (MC) Mingguan (pilihan).
6) Dana Pengebumian (segera).
7) Simpanan telah dizakatkan.
8) Pengecualian Pembayaran Cukai Pendapatan

Contoh peserta:

Nama: Ali
Umur: 30 tahun
Pekerjaan: Kerani
Tempoh sijil: 30 tahun

Amaun Simpanan: RM 100.00 sahaja sebulan

Amaun Perlindungan Asas (Jaminan Pendapatan): RM 40,958.00
Pampasan Akibat Kemalangan:
RM 20,000.00
Pampasan Akibat Penyakit Kritikal:
RM 20,000.00
Pampasan Kemasukan Hospital:
RM 50.00 sehari
Dana Pengebumian (segera):
RM 1,000.00
Jumlah Simpanan Terkumpul (Polisi Matang):
RM 40,779.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 121,737.00



WARISAN

Pelan Warisan mempunyai ciri yang hampir sama dengan Pelan Mesra. Tetapi ia ditawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan sehingga 55 tahun. Uniknya, pelan ini di mana peserta mempunyai pilihan untuk menyimpan sehingga ke umur 55 tahun, 60 tahun atau 65 tahun dan perlindungan akan diberikan sehingga umur 88 tahun. Konsepnya, selepas peserta menyimpan sehingga umur 55, 60 atau 65 tahun, peserta masih dilindungi oleh Etiqa Takaful sehingga ke umur 88 tahun secara percuma. Ianya sesuai untuk merancang persaraan atau untuk meninggalkan harta pusaka kepada yang tersayang.


MANFAAT
Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat.Itu lah dia kelebihan produk takaful nasional.


CIRI-CIRI
1) Perlindungan beserta simpanan.
2) Had umur penyertaan minimum ialah 6 bulan dan maksimum 55 tahun.
3) Perlindungan Kematian sehingga 88 tahun.
4) Perlindungan Keilatan Kekal Menyeluruh sehingga 65 tahun.
5) Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 33 tahun dan maksimum 87tahun.
6) Simpanan minimum bulanan ialah
RM 50.00 sahaja dan tiada had maksimum.
7) Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
8) Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.
9) Tiada Lien untuk Juvana.
10) Pengecualian Pembayaran Cukai.


Manfaat
1) Perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Kekal.
2) Dana Penyakit Kritikal (pilihan).
3) Pampasan Kemasukan Hospital (pilihan).
4) Elaun Cuti Sakit (MC) Mingguan (pilihan).
5) Dana Pengebumian (segera).
6) Simpanan telah dizakatkan.
7) Pengecualian Pembayaran Cukai Pendapatan.

Contoh peserta:

Nama: Othman
Umur: 30 tahun
Pekerjaan: Eksekutif
Tempoh sijil: 30 tahun

Amaun Simpanan: RM 100.00 sahaja sebulan

Amaun Perlindungan Asas (Jaminan Pendapatan): RM 21,794.00
Pampasan Akibat Kemalangan:
RM 20,000.00
Pampasan Akibat Penyakit Kritikal:
RM 10,000.00
Pampasan Kemasukan Hospital:
RM 50.00 sehari
Dana Pengebumian (segera):
RM 1,000.00
Jumlah Simpanan Terkumpul (Polisi Matang): RM 206,860.00
Jumlah Simpanan Terkumpul dan Perlindungan (Polisi Matang):
RM 228,654.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 258,654.00



SARJANA

Pelan Sarjana ialah pelan simpanan pendidikan untuk kanak-kanak. Pelan ini sesuai untuk merancang pembiayaan pendidikan kanak-kanak itu untuk terutamanya di menara gading. Cantiknya pelan ini ialah sekiranya pembayar kepada kanak-kanak ini meninggal, Etiqa akan menyambung simpanannya sehingga tamat tempoh polisi. Selain itu juga, Etiqa akan memberikan wang saku kepada kanak-kanak itu sehingga tamat tempoh polisi. Uniknya, pelan ini akan memberikan anugerah kepada kanak-kanak itu apabila dia cemerlang di dalam peperiksaan.

Ciri-ciri

1)Perlindungan beserta simpanan.
2)
Had umur penyertaan minimum ialah 14 hari dan maksimum 17 tahun.
3)
Perlindungan minimum 5 tahun dan maksimum 25 tahun.
4)
Umur matang minimun ialah 13 tahun dan maksimum 25 tahun.
5)
Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 33 tahun dan maksimum 87tahun.
6)
Simpanan minimum bulanan ialah RM 55.00 sahaja dan tiada had maksimum.
7)
Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
8)
Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.
9)
Sekiranya berlaku Kematian atau Keilatan Kekal Menyeluruh, keseluruhan jumlah perlindungan dan jumlah
simpanan terkumpul akan dibayar.
10)Tiada Lien untuk Juvana.


Manfaat Anak

1) Dana Perlindungan (Kematian dan Keilatan Kekal Menyeluruh kepada anak).
2)
Tabung Simpanan.
3)
Pampasan Kemasukan Hospital (pilihan).
4)
Biasiswa Tahunan (sekiranya berlaku kematian kepada pembayar).
5)
Dana Pengebumian (segera).
6)
Anugerah Kecemerlangan Akademik:

UPSR (5A) = RM 500.00
PMR (8A) = RM 750.00
SPM (8A) = RM 1000.00
STPM (5A) = RM 1000.00


Manfaat Pembayar

1) Simpanan akan diteruskan oleh Etiqa Takaful sehingga sijil matang sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal kepada pembayar.

Dana Khas Keluarga sekiranya pembayar meninggal atau hilang upaya kekal.

Pengecualian Pembayaran Cukai Pendapatan.

Contoh Peserta

Nama: Syafiq
Umur: 1 tahun
Nama Pembayar: Abd. Rahman (bapa)
Umur: 29 tahun
Pekerjaan: Guru
Tempoh sijil: 20 tahun

Amaun Simpanan: RM 100.00 sahaja sebulan

Anak
Amaun Perlindungan Asas: RM 77,521.00
Tabung Simpanan:
RM 26,935.00
Biasiswa Tahunan (sekiranya berlaku kematian kepada pembayar):
RM 500.00
Pampasan Kemasukan Hospital: RM 50.00 sehari
Dana Pengebumian (segera):
RM 1,000.00

Bapa
Dana Khas Keluarga (sekiranya pembayar meninggal atau hilang upaya kekal):
RM 10,000.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 114,456.00



PRIMA

Pelan Prima menawarkan perlindungan serta simpanan yang dapat memenuhi keperluan semasa peserta. Pelan ini sangat unik kerana ia memberikan jaminan Manfaat Perolehan Setiap 3 Tahun dengan 10% dari amaun perlindungan asas tanpa menjejaskan sedikitpun nilai perlindungan. Konsepnya, Peserta yang menyertai pelan ini mendapat manfaat perlindungan apabila berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar.


CIRI-CIRI

1) Perlindungan beserta simpanan.

2) Had umur penyertaan minimum ialah 6 bulan dan maksimum 54 tahun.

3) Umur Matang maksimum ialah 84 tahun.

4) Tempoh pilihan sijil ialah 18, 21, 24, 27 dan 30 tahun.

5) Terdapat aliran tunai.

6) Jaminan pulangan berjadual (Manfaat Perolehan/Income Benefit) dibayar kepada Peserta setiap 3 tahun.

7) Simpanan minimum bulanan ialah RM 100.00 sahaja dan tiada had maksimum.

8) Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan

9) Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.

10) Tiada Lien untuk Juvana.


MANFAAT

1) Perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Kekal.

2) Manfaat Perolehan.

3) Dana Penyakit Kritikal (pilihan).

4) Pampasan Kemasukan Hospital (pilihan).

5) Elaun Cuti Sakit (MC) Mingguan (pilihan).

6) Dana Pengebumian (segera).

7) Simpanan telah dizakatkan

Contoh peserta:

Nama: Azizi
Umur: 30 tahun
Pekerjaan: Pegawai Tadbir
Tempoh sijil: 21 tahun

Amaun Simpanan: RM 200.00 sahaja sebulan

Amaun Perlindungan Asas (Jaminan Pendapatan): RM 34,144.00
Pampasan Akibat Kemalangan:
RM 20,000.00
Pampasan Akibat Penyakit Kritikal:
RM 10,000.00
Pampasan Kemasukan Hospital:
RM 50.00 sehari
Dana Pengebumian (segera):
RM 1,000.00

Jadual Manfaat Perolehan
En. Azizi

TAHUN

PEROLEHAN

Jumlah Perolehan

(3 tahun sekali sehingga Sijil Matang)

3

RM 3,414.00

6

RM 3,414.00

9

RM 3,414.00

12

RM 3,414.00

15

RM 3,414.00

18

RM 3,414.00

21

RM 21,647.00



JUMLAH PERLINDUNGAN : RM 61,177.00



AFIAH

Pelan Afiah merupakan pelan Takaful Keluarga khusus untuk wanita yang menawarkan perlindungan sahaja daripada 4 penyakit utama wanita negara ini iaitu;


1) Lupus Eritematosus Sistemik (SLE)

Penyakit inflamatori dermatitis dengan ruam merah bersisik pada hidung dan pipi, dan kerosakan yang progresif pada ginjal, dan dirawat dengan kortokosferoid

2) Artritis Reumatoid (RA)

Penyakit sendi kronik dan bercirikan perubahan keradangan di membrane sinovia, struktur artikular dan atrofi tulang, boleh menyebabkan kecacatan di peringkat akhir penyakit.


3) Barah Payudara

4) Barah Pangkal Rahim


Manfaat Pilihan
Manfaat pilihan perlindungan tambahan pula adalah seperti Manfaat Pendapatan Keluarga, Pemeriksaan kesihatan Wanita dan Elaun Hospital untuk peserta dan anak-anak


Sumbangan
Sumbangan minimum tahunan sebanyak RM 360.00. Pilihan sumbangan boleh dibuat sama ada dalam bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.
Kelayakan Penyertaan
Kelayakan penyertaan adalah untuk wanita berusia 18 sehingga 55 tahun pada ulangtahun akan datang atau kanak-kanak berusia 90 hari hingga 17 tahun pada ulang tahun akan datang


CIRI-CIRI

1) Pelan Perlindungan.

2) Had umur penyertaan minimum ialah 18 tahun dan maksimum 60 tahun.

3) Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 5 tahun dan maksimum 30 tahun.

4) Simpanan minimum bulanan ialah RM 30.00 sahaja dan tiada had maksimum.

5) Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan

6) Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum RM 250,000.00

7) Tiada Lien untuk Juvana.

8) Pengecualian Pembayaran Cukai.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat apabila disahkan mengidap salah satu daripada 4 penyakit kritikal di atas


MANFAAT

Perlindungan daripada 4 penyakit kritikal wanita.
1) Lupus Eritematosus Sistemik (SLE)
2) Artritis Reumatoid (RA)
3) Barah Payudara
4) Barah Pangkal Rahim

Pampasan Harian Kemasukan Hospital (pilihan).

Manfaat Pendapatan Keluarga akan diserahkan kesemuanya mengikut baki tahun setelah disahkan mengidap
penyakit di atas.

Manfaat Pemeriksaan Tahunan Wanita (LSR).

Contoh Peserta

Nama: Suriani
Umur: 30 tahun
Pekerjaan: Surirumah
Tempoh sijil:30 tahun

Amaun Sumbangan: RM 80.09 sahaja sebulan

Amaun Perlindungan Asas (4 penyakit): RM 50,000.00
Manfaat Pendapatan Keluarga:
RM 30,000.00
Pampasan Kemasukan Hospital:
RM 30.00 sehari
Manfaat Pemeriksaan Tahunan Wanita (LSR)

JUMLAH KESELURUHAN: RM 80,000.00.00



Khairat Kematian Berkelompok
Pelan Takaful Keluarga Khairat Berkelompok disusun dengan tujuan untuk menyediakan manfaat takaful dalam bentuk bantuan kewangan jika ditakdirkan orang yang dilindungi meninggal dunia.

Pelan ini menyediakan perlindungan takaful kepada sekumpulan orang di bawah satu perjanjian (Sijil Takaful). Yang demikian urusan pentadbiran pelan ini dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan teratur


Ciri-Ciri Pelan

• Sumbangan berbentuk tahunan iaitu RM15 setiap unit keluarga
• Setiap unit keluarga dibenarkan menyertai satu unit pelan ini sahaja
• Penyertaan minimum seramai 20 orang


Skop perlindungan
• kematian akibat penyakit
• kematian akibat kemalangan


Amaun Manfaat

• Ahli & pasangan (18-65 tahun) :RM1,000
• Ahli & pasangan (66-75 tahun) :RM500
• Anak (maks.
4 kematian) :RM500/orang

Maklumat Peserta
• Nama ahli sahaja (ketua keluarga)
• Tarikh lahir
• No. Kad Pengenalan (Baru)

Mudharabah
Al-Mudharabah akan dibahagikan di antara Organisasi dan Takaful dengan nisbah 50:50



Takaful Lady
-->Menawarkan dua jenis pelan yang dapat memberi pilihan kepada mereka yang ingin menyertainya.

Sakinah 1 – Perlindungan dengan Simpanan
Sakinah 2 – Perlindungan Manfaat

Sakinah 1
Memberi elemen perlindungan dan simpanan. Peserta atau Pasangan akan menerima bukan sahaja manfaat perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal secara sekaligus, tetapi juga nilai terkumpul Akaun Peserta

Sakinah 2
Memberikan elemen perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal kepada peserta atau pasangan yang dilindungi. Amaun manfaat 100% akan diberikan kepada pasangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang pertama.

Manfaat Pilihan Sakinah 2
1) Manfaat Kematian Dan Keilatan Akibat Kemalangan
2) Manfaat Indemniti Kemalangan
3) Manfaat Hospital
4) Penyakit Kritikal
5) Rider Bertempoh

Sakinah 2
1) Manfaat Kematian Dan Keilatan Akibat Kemalangan
2) Manfaat Indemniti Kemalangan
3) Manfaat Hospital
4) Penyakit Kritikal Sumbangan Sumbangan minimum tahunan sebanyak RM 600.00.

Pilihan Sumbangan boleh dibuat sama ada dalam bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan. Kelayakan Penyertaan Peserta Pertama: Minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun. Peserta Kedua: Minimum 90 hari dan maksimum 60 tahun.

Read More......

36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL











Berikut adalah senarai 36 penyakit-penyakit yang dianggap kritikal

1. Serangan Penyakit Jantung.
Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-

i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan

ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan

iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.



Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung. Angina juga dikecualikan secara khusus.

2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.

3. Strok.
Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.

Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.

4. Kanser.

Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan
serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau
pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti
disahkan melalui pembuktian histology malignan.



Keadaan-keadaan berikut adalah terkecuali :-

i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;

ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;

iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;

iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;

v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;

vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).

5. Kegagalan Ginjal ( Buah Pinggang )
Kegagalan ginjal di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.

6. Penyakit Kelumpuhan / Paraplegia
Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara
menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat
penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan
dari tarikh trauma atau penyakit itu.

7. Pemindahan Organ Utama.
Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-
i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang

8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang.
Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan
gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-

i. Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
ii. Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
iii. Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenat atau semakin pulih.

9. Hepatitis Virus Fulminan.
Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat
serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.

Kriteria diagnostic yang perlu ada ialah :-

a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
c. Penyakit kuning yang teruk.

Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostic.

10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama.

Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.

11. Koma.

Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi.
Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah terkecuali.

12. Buta.

Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.

13. Penggantian Injap Jantung.

Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.

Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.

14. Pembedahan Aorta.

Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.

15. Penyakit Alzheimer.

Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.

Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.

16. Hilang Pendengaran / Pekak.

Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.

17. Hilang Percakapan.

Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak)

Kesemua sebab-sebab berkaitan psikiatrik adalah terkecuali.

18. Kebakaran Parah.

Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.

19. Penyakit Membawa Maut.

Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.

20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah.

Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-

i. Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
iii. Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.

Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.

21. Penyakit Motor Neuron.

Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.

Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.

22. Penyakit Parkinson.

Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-
i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.

Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.

23. Penyakit Hati Kronik.

Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-
- Penyakit kuning kekal;
- Askit;
- Ensefalopati;
- Hipotensi portal.

Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.

24. Penyakit Paru-paru Kronik.

Kegagalan system pernafasan di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.

Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-
i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
iii. Disponea ketika berehat.

25. Anaemia Aplastik.

Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-
i. Transfusi produk darah secara berkala.
ii. Agen perangsang sum-sum.
iii. Agen imunosupresif.
iv. Pemindahan sum-sum tulang.

26. Distrofi Otot.

Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
iii. Elektromiogram sifatan
iv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.

27. Poliomielitis.

Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.

28. Meningitis Bekteria.

Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

29. Tumor Otak Benigna.

Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.

Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan :-

i. Sista;
ii. Granulomas;
iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
iv. Haematomas;
v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi. Tumor saraf akustik.

30. Eusefalitis.

Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya. ( Full Blown AIDS )

Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria berikut :-
i. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting syndrome);
ii. Kaposi Sarcoma;
iii. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
iv. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
v. Tuberculosis Aktif;
vi. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
vii. Malignant Lymphoma.

Dalam kes tuntutan kecuali untuk PRUpayor basic, PRUspouse payor basic, PRUparent payor basic, PRUpayor PSA, PRUspouse payor PSA, PRUparent payor PSA, PRUwaiver, PRUspouse waiver, PRUparent waiver, 50% dari semua Manfaat yang berkenaan (sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500 000 ke atas mana-mana hayat di bawah polisi ini dan semua polisi-polisi yang lain) yang kena dibayar berhubung dengan penyakit ini akan dibayar. Baki jumlah akan dibayar apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis Penyakit Kritikal yang lain yang mana dahulu berlaku.

32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius.

Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.

33. Pembedahan Otak.

Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.

34. Sindrom ‘APPALIC’.

Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.

35. Kecederaan Kepala Utama.

Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

36. Kehilangan Anggota Badan.

Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.

Read More......