.

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN



SIMPAN KETIKA MASIH MUDA, SIHAT UNTUK JAMINAN MASA DEPAN


Umpama pepatah sediakan payung sebelum hujan, itulah konsep insurans sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan yang belum tentu. Walaupun banyak agensi perlindungan insurans beroperasi di negara ini, masih ramai lagi yang tidak memahami dan sedar mengenai kepentingan insurans walaupun ia memberi banyak kebaikkan kepada mereka yang mengambilnya.


Bagaimanapun, seandainya kita sentiasa beringat dan memahami pepatah orang tua, ”Malang Tidak Berbau”, sudah tentu kita akan menyertai insurans sebagai jaminan untuk menghadapi sebarang kemalangan dan kecemasan yang tidak disangka.
Siapa sangka, seseorang yang muda dan sihat, tiba-tiba diserang sakit kronik atau terbabit dengan kemalangan hingga tidak berupaya lagi untuk bekerja. Disinilah insurans memainkan peranan dalam memberi perlindungan kepada seseorang itu.

Sewajarnya, mereka yang masih muda dan sihat serta kemampuan untuk mengambil insurans digalakkan mengambil insurans kerana lebih muda usia seseorang itu bermula, lebih tinggi pulangannya apabila tempoh matang insurans.insurans yang paling popular ialah insurans hayat, pendidikan, kesihatan dan am. Ada sesetengah orang terutama orang Islam bimbang jika insurans yang dilaburkan mempunyai unsur riba tapi sekarang hampir semua syarikat insurans mempunyai takaful yang menawarkan konsep insurans islamic.

Namun, tidak perlu risau kerana kini insurans islamic semakin berkembang dan kebanyakkan syarikat insurans menawarkan konsep ini.

Setiap insurans mempunyai kelebihan masing-masing serta menguntungkan mereka yang mengambilnya. Insurans terbahagi kepada dua kumpulan iaitu perlindungan semata-mata dan juga perlindungan serta simpanan.

Insurans berbentuk simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang.Manakala insurans berbentuk perlindungan semata-mata dan tidak membabitkan simpanan. Bagi insurans hayat dan perubatan, pelangan yang terpaksa dimasukkan ke wad bukan sahaja dari segi perbelajaan kos rawatan, malah mereka boleh mendapat bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad.

Contohnya, ada syarikat yang membayar sehingga rm 100 bagi satu hari jika pelanggannya terpaksa tinggal di wad. Bayangkan jika mereka terpaksa duduk selama seminggu.
Jika seseorang itu meninggal dunia, jumlah wang yang sepatutnya beliau terima Contohnya RM 100,000 jika berlaku sebarang musibah akan diberikan kepada warisnya. Ini sudah tentu memberi jaminan kepada anak-anak dan keluarga supaya mereka tetap terjaga dari segi keperluan walaupun pencari rezeki bagi keluarga mereka sudah tiada lagi.

Anda juga digalakkan mengambil insurans pendidikan untuk anak-anak kerana kos pengajian yang semakin tinggi sekarang ini. Sejak anak berusia satu bulan, ibu bapa sudah boleh mula mengambil insurans untuk mereka. Ketika sampai tempoh matang, contohnya hingga 18 tahun atau 23 tahun, wang yang terkumpul untuk mereka melanjutkan pelajaran boleh mencecah sekitar RM 30,000 hingga RM 40,000, katanya.Ada pelbagai jenis insurans tetapi ia terpulang kepada pilihan pelanggan jenis yang dirasakan paling sesuai. Tanpa kita sedari, mengambil insurans adalah satu tindakan yang amat bijak. Seseorang itu boleh mengambil lebih daripada satu jenis insurans jika berkemampuan.lebih banyak lebih baik.

Read More......