.

Pengenalan dan Sejarah

Pengertian Takaful

Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan 'Takaful' ialah 'Kafala' yang bererti untuk manjamin, menjaga atau memelihara. Menurut akta Takaful 1984, "Takaful" ertinya satu Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan Bantuan bersama yang menyediakan Pertolongan dan Bantuan Kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Secara amnya Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrument untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.

Takaful kini

Sejak daripada penubuhan Syarikat pertama Takaful hinggalah ke tahun 2008 ini, Industri Takaful telah berkembang dengan pesatnya. Mengikut rekod Bank Negara Malaysia, terdapat 8 buah syarikat Takaful hari ini seperti berikut;

1 CIMB Aviva Takaful Berhad 2 Etiqa Takaful Berhad 3 Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad 4 HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd 5 MAA Takaful Berhad 6 Prudential BSN Takaful Berhad 7 Syarikat Takaful Malaysia Berhad 8 Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Pada tanggal 15 Jun 1972, satu pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional di mana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan bahawa insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa itu adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) dan tidak sesuai dengan prinsip/prinsip islam dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (ketidak tentuan), maisir (judi), dan riba (faedah).

Para ulama telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada insurans konvensional. Dasar 'Tabarru' menjadi teras utama membina paksi Takaful. Pengendali Takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1984. Sejajar dengan itu parlimen telah meluluskan Akta 312 yang dinamakan Akta Takaful 1984.

eTiQa Takaful

eTiQa Takaful dahulunya dikenali sebagai Takaful Nasional Sdn Bhd kini telah menjadi salah sebuah Ahli Kumpulan Maybank Berhad. eTiQa Takaful menyediakan pelbagai jenis produk Takaful Keluarga, antaranya MESRA, PRIMA, WARISAN, AFIAH, SAKINAH dan SARJANA. Satu sistem Perancangan Kewangan Islam yang pasti mampu memenuhi permintaan pasaran masa kini. Baru-baru ini eTiQA Takaful juga telah melancarkan Kad Perubatan Islamnya iaitu Takaful Medic Save Rider.

Pemasaran

eTiQa Takaful melalui penjenamaan baru telah dipasarkan melalui pengiklanan yang begitu meluas di media massa. Kebanyakan iklan bertemakan kecepatan melakukan proses tuntutan.

KONSEP ASAS

Konsep Takaful menggambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.

Takaful berdiri di atas 5 tiang (konsep) utama:

1)Al-Qasamah
2)Aqilah
Tabarru’
3)Al-Wakalah

4)Al-Mudharabah

Read More......

Video





Read More......