.

JENIS-JENIS BARAH

Penyakit barah payudara



PEMBUNUH NOMBOR SATU WANITA adalah merupakan barah tisu payudara / buah dada. kanser payudara didefinasikan sebagai kedapatan ketumbuhan yang terbukti malignant di dalam payudara. Ini untuk mengasingkan kanser payudara dengan ketumbuhan lain yang kerap berlaku di dalam payudara.

Di Malaysia, keadaannya sedikit berbeza. Mengikut Daftar Kanser Negara, purata 4,000 wanita menghidap kanser payudara setiap tahun dan kadar ini turut menunjukkan peningkatan setiap tahun. Di dalam satu kajian pada tahun 2000, terdapat 3,825 wanita penghidap baru kanser payudara. Ia meningkat ke 4,337 pada 2002. Daripada bilangan ini, hampir 2,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat kanser tersebut.

Kanser payudara kerap berlaku di kalangan kaum Cina (59.7 peratus), diikuti India (55.8 peratus) dan Melayu (33.9 peratus) bagi setiap 100,000 penduduk negara ini. Daripada bilangan ini, insiden kematian akibat kanser payudara paling banyak berlaku di kalangan kaum Melayu (54 peratus) berbanding dengan Cina (37 peratus) dan India 43 peratus).



Barah Pangkal Rahim


Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut.

Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.



Kanser Perut







Kanser perut adalah antara 10 kanser yang paling kerap di Malaysia. Seramai 1400 rakyat Malaysia menghidap kanser ini setiap tahun. Kanser perut boleh berlaku di kalangan orang dewasa pada sebarang umur. Walau bagaimanapun kanser ini jarang berlaku bagi lingkungan umur kurang 50 tahun dan lebih biasa di kalangan lelaki berbanding wanita.

Punca kanser perut (gastrik) masih tidak di ketahui tetapi banyak kanser perut dikaitkan dengan karsinogen (agen penyebab kanser) dalam diet. Nitrat (yang terdapat dalam makanan yang diasapkan, dijeruk dan dimasinkan) telah dipersalahkan dalam kanser perut.

Sekarang adalah di kenal pasti bahawa banyak ulser peptik disebabkan oleh infeksi sejenis organisma mikro yang dikenali sebagai Helicobacter Pylori. Infeksi jangka masa perut akibat organisma ini boleh membawa perubahan yang mungkin menyebabkan kanser. Seorang yang mempunyai sejarah ulser perut tidak semestinya bermaksud risiko kanser meningkat tetapi sejarah polip gastrik meningkatkan risikonya. Orang dengan masalah refluks kronik juga mungkin berisiko. Orang yang pernah mengalami masalah darah yang dikenali sebagai anemia pernisius mempunyai risiko lebih tinggi menghidapi kanser perut.


Kanser Pundi Kencing

Hampir kesemua kanser pundi kencing ditemui di urotelium (pengalas pundi kencing). Ini dipanggil kanser-kanser sel peralihan. Mereka wujud dalam berbagai bentuk yang berbeza dan boleh bertindak dalam berbagai cara yang berbeza. Banyak kanser-kanser sel peralihan membesar di bahagian dalam pengalas pundi kencing. Ini dipanggil kanser-kanser superfisial. Terdapat dua jenis tumor superfisial: karsinoma in situ, yang leper dan bukan invasif, dan papilari yang mencacak keluar daripada pengalas seperti cendawan. Kadang-kala kanser-kanser sel peralihan merebak ke dalam dinding pundi kencing. Ini dipanggil kanser-kanser invasif. Sel-sel skuama karsinoma dan adenokarsinoma adalah lebih jarang ditemui. Jenis-jenis ini biasanya merebak ke dalam lapisan-lapisan pundi kencing yang lebih dalam.


Kanser Ovari

Risiko untuk mendapat kanser telur adalah kecil, tetapi kebarangkaliannya meningkat dengan peningkatan usia terutamanya selepas melangkau usia 60 tahun. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser jenis ini termasuklah kemandulan, makanan kaya dengan lemak, sejarah kanser usus dan payudara, endometriosis serta pembawa gen abnormal BRCA1 dan BRCA2.

Mereka yang kurang risikonya termasuklah mereka yang mengambil pil perancang keluarga, pernah melahirkan anak walaupun sekali dan mereka yang pernah menyusu badan.

Kanser ovari, bila dikesan, mungkin sudah pun terlambat. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan seperti ultrasound memandangkan tidak ada ujian saringan khas untuk kanser ini.

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di kawasan pinggul, kembung, sendawa, bergas, kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan, pendarahan abnormal melalui faraj serta pembengkakan abdomen.


1 comments:

Post a Comment